Sunday, January 17, 2010

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN

Cikgu Mohd Zaid (baju merah) serah tugas kepada Cikgu Rosli (Baju kuning)

Nurul Aida bt. Ahmad Tarmizi (Ketua Platun Kadet Bomba Perempuan)

En. Wan Hasbon Rizal b. Wan Abdullah (Jurulatih Kadet Bomba SMK Sayong)


Bagi pihak Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat SMK Sayong, Kuala Kangsar dengan ini ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada 4 individu yang banyak berjasa dalam menggerakkan Pasukan Kadet. Individu yang dimaksudkan:

  • En. Mohd Zaid b. Abu Othman (Ketua Guru Penasihat). Menerajui Pasukan Kadet Bomba mulai penubuhan awalnya pada tahun 2007 hinggalah ke tahun 2009. Beliau merupakan seorang Guru Cemerlang Bimbingan Kaunseling sekolah. Minat yang mendalam dalam kegiatan unit beruniform menggerakkan beliau dan rakan-rakan sepasukan untuk membentuk Pasukan Kadet Bomba sekolah menjadi yang terbaik di sekolah. Dalam masa beberapa bulan, Pasukan Kadet Bomba Perempuan berjaya menjadi Johan Pasukan Kawad Kaki GO Daerah pada tahun 2007. Ikuti dengan Naib Johan 2008 dan merampas tempat Johan pada tahun 2009. Juga Naib Johan Kawad GO Negeri Perak. Buat pertama kali atas inisiatif beliau, Majlis Pengtauliahan Pasukan Kadet di adakan dan sehari suntuk warga sekolah dapat bersama Jabatan Bomba & Penyelamat. Kini beliau berusaha untuk mendapatkan Bilik Khas untuk Pasukan Kadet dan Program Perkhemahan Unit Beruniform yang pertama (setelah dah lama tak dengar cerita) telah diadakan pada tahun 2008 dan 2009 dengan Kadet Bomba menerajui pengurusan kem. Antara sejarah dan perancangan beliau, setidak-tidaknya meninggalkan sedikit kenangan untuk Pasukan Kadet dan semoga jasa Tuan akan kami kenang.
  • Pasukan Kadet Bomba mulai 01/01/2010 diambil alih oleh En. Roslee b. Abdul Wahab.
  • Terima kasih juga kami ungkapkan kepada Cikgu Khairul Azman b. Haji Arshad (Guru Penasihat Kadet Bomba) yang turut bertukar fortfolio (jangan silap sebut udah lee), ke Unit Pengakap Sekolah. Sumbangan Tuan dalam membantu banyak program Pasukan Kadet Sekolah sangat kami hargai. Sebab tu gambar Tuan kami abadi ketika Lawatan Kerja ke FRAM Kuala Kubu. So... terima kasih daun keladi, jasa Tuan tetap kami kenang sampai ke mati. InsyaAllah.
  • Cik Nurul Aida bt. Ahmad Tarmizi (Ketua Paltun Pasukan Kadet Bomba Perempuan) juga antara tunjang kuat Pasukan Kadet Bomba. Beliau antara penggerak yang banyak membantu dan menaikkan imej dan nama Pasukan. Bab kawad memang serah kat beliau kerana kehebatan dalam mengendali Pasukan Kawad dan memberi hukuman. Orang nya nampak 'simple' tapi tegas.... Bekas Pen. Ketua Pengawas Sekolah dan sesungguhnya jasa Cik Aida akam kami kenang sampai bila-bila. Lagipun namanya tersemat dan masih tersemat sebagai Ketua Perbarisan Kawad Kaki Daerah Terbaik 2007, 2008, 2009. Fuyoooo!!!!
  • En. Wan Hasbon Rizal b. Wan Abdullah (Pegawai Bomba di Balai Bomba Kuala Kangsar) - Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai jurulatih utama pasukan, beliau banyak melatih ahli pasukan berkawad sehingga menjuarai pertandingan kawad kaki di peringkat GO Daerah dan Negeri mulai tahun 2007, 2008, 2009. Sumbangan beliau sangat besar ertinya kepada Pasukan Kadet. Bimbingannya kami takrifkan bagaikan '1st class coach' yang berjaya membentuk disiplin berkawad pelajar dengan begitu baik sekali. Terima kasih dan sumbangan Tuan masih dipohon dan akan terus dipohon sampai 'pencen'!

No comments:

Post a Comment