Wednesday, January 20, 2010

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SEHARI DI FRAM WAKAF TAPAI, TERENGGANU

Penyampaikan cenderahati 'Labu Sayong' daripada sekolah kepada pihak FRAM
Ucapan persmian penutup oleh En. Suboh, wakil FRAM

Penyampaian Cenderamata dari FRAM kepada pihak sekolah

Gambar kenang-kenangan semua kadet, guru & jurulatih serta pegawai FRAM

Program Lawatan Kerja Sambil Berkursus di FRAM Wakaf Tapai, Terengganu berakhir dengan Majlis Penutupan kursus yang telah di adakan pada 22 Disember 2009 bertempat di Pavilion Dataran Padang Kawad FRAM Wakaf Tapai. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan penghargaan daripada pihak sekolah yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zaid b. Abu Othman (selaku Ketua Penasihat Pasukan Kadet Bomba sekolah). Antara isi kandungan ucapan beliau adalah, 'penghargaan yang tidak terhingga kepada Komandan dan seluruh tenaga kerja termasuk pegawai dan jurulatih FRAM Wakaf Tapai yang telah memberi kerjasama dan sokongan serta bimbingan yang sangat 'terbaik' ketika kadet sekolah mengikuti program lawatan ke FRAM. Tidak ketinggalan juga beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada En. Baharin, En. Fuzi, En. Ali dan En. Hasbon selaku pegawai pengiring daripada Balai Bomba Kuala Kangsar yang telah banyak membantu dan mengurus projek ini sehingga berjaya. Semua selesa dan sangat senang hati atas kehadiran dan keterlibatan Tuan-Tuan. Juga tidak ketinggalan, Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada anak-anak didiknya (Kadet Bomba) di atas kejayaan demi kejayaan yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau menjadi Ketua Penasihat Pasukan sejak tahun 2007 hingga 2009. Mulai tahun 2010, beliau telah di 'arahkan' atas tugas mengurus pula Pasukan Kadet Polis Sekolah. Namun walau apapun berlakunya perubahan tentang tugas, dihati beliau masih bersama 'Kadet Bomba'. Program Lawatan kerja ini merupakan projek beliau yang 'terakhir' bersama Pasukan Kadet Bomba Penyelamat sekolah..... :(

Ucapan balas kemudiannya disempurnakan oleh En. Suboh selaku wakil Komandan dan antara isi ucapan beliau adalah merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Kadet kerana begitu komited dan bersungguh dalam melibatkan diri pada aktiviti kebombaan dan berdoa serta berkeyakinan pasukan Kadet Bomba sekolah akan lebih berjaya lagi di masa-masa hadapan. Beliau menyerahkan cenderamata berupa 'plak' FRAM (telahpun disimpan di Bilik Operasi Kadet Bomba Sekolah) dan beberapa alatan serta cenderamata kenangan yang lain.... Terima kasih En. Suboh dan seluruh warga FRAM Wakaf Tapai.... Kenangan yang manis pasti tak dapat dilupakan. Fuyooooooo best giler!!!!

LATIHAN KETIKA DI FRAM WAKAF TAPAI


Taklimat oleh Pegawai Latihan FRAM sedang diberi kepada kadet
Persediaan menunggu giliran ternyata 'merisaukan'

Dengan gagah dan 'confident' wirawati kadet bersedia melaksanakan latihan
Namun selepas selesai 'giliran latihan' termenung agaknya sambil berfikir
'Nak jadi ahli bomba ke tak?'

Ini pulak 'saat-saat pilu' kerana terlalu 'risau' kot selepas latihan. Tapi 'OK' sebab berjaya melalui latihan dengan 'SELAMAT'! Tahniah Yong

Aktiviti ketika di FRAM Wakaf Tapai dimulai dengan taklimat berkaitan kerjaya kebombaan. Kemudian kadet dibawa meninjau panorama dan persekitaran FRAM. Selepas menikmati minum pagi dan makan tengahari, kadet dibimbing latihan kawad kaki oleh jurulatih daripada FRAM Wakaf Tapai sendiri. Gambar ketika itu tak dapat dirakam kerana 'pergerakan' jauh ditengah-tengah padang kawad. Namun ketika mengikuti latihan ke SMOKE House... merangkak dalam latihan menyelamat diri, berbagai rakam kami catat. Yang tak pernah rasa latihan sebegitu... ada yang terjerit dan menangis pilu... Maklumlah mak jauh, ayah jauh 'tiada tempat untuk mengadu. Namun, suasana keperitan dalam latihan dapat dirasai oleh kesemua kadet kerana 'terpaksa'. Terima kasih Pasukan Kadet Bomba Penyelamat SMK Sayong rakamkan kerana kesungguhan dan keprihatinan pihak FRAM Wakaf Tapai memberi ruang dan peluang kepada anak-anak dirik kami. Tentang pengalaman 'jangan ditanya', kata kadet 'macam masuk pusat latihan aje".

Monday, January 18, 2010

TAKLIMAT KERJAYA KEBOMBAAN DI FRAM WAKAF TAPAI

Bergambar kenangan dengan En. Suboh (Pegawai Bomba FRAM)

Taklimat dan penjelasan yang diberi tentang perjawatan dalam Kerjaya Bomba

Perhatian serius diberi oleh Kadet ketika lawatan


Pada 22 Disember 2009, Pasukan Kadet Bomba Penyelamat sekolah berkesempatan untuk mengikuti Taklimat Kerjaya Kebombaan disamping melawati ke Galeri Bomba FRAM Wakaf Tapai, Terengganu. Taklimat yang disampaikan oleh En. Suboh (Pegawai Bomba) yang sangat berpengalaman memperlihatkan anggota kadet tentang kerjaya Bomba yang sebenarnya. Penerangan di Galeri Bomba lebih menyerlah dengan pameran serta alatan yang sedia ada. Galeri yang 'bombastik dan fantastik' ini dilengkapi serta dihiasi dengan alatan dan barangan bomba yang sangat menarik. Pihak Unit Kadet Bomba Penyelamat SMK Sayong juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap dan merakamkan penghargaan kepada En. Suboh atas taklimat dan penjelasan yang sangat menarik ketika kehadiran kami di FRAM tempoh hari. Jika ada masa... turun-turun lah ke sekolah kami.. bukannya jauh seberang sungai aje!

PANORAMA DI AKADEMIK LATIHAN BOMBA PENYELAMAT WAKAF TAPAI TERENGGANU


Taklimat tentang pembangunan FRAM oleh En. Suboh (Pegawai Bomba)
Pandangan terus ke Padang Kawad FRAM


Pandangan ke Asrama Penginapan Pelatih

Dewan Makan & Auditorium FRAM


Buat pertama kali melihat panorama FRAM Wakaf Tapai memang hebat. Keluasan kawasan dengan lokasi Pusat Latihan yang bersih dan menarik menjadikannya antara Pusat Latihan yang saya paling 'respect dan suspect'. Sewajarnya Pusat Latihan ini dinaikkan tarafnya menjadi Akademik yang bertaraf dunia dengan diperlengkapkan lagi kemudahan latihan yang sedia ada. Suasana yang damai pada pagi hari menjadikan Pusat Latihan ini tenang dan 'syonok' dipandang mata. So ada seorang pegawai Bomba pernah berkata, 'Di FRAM tiada hari yang TIADA LATIHAN' so melihat suasana sebegitu pastinya sesuailah kalau anggota bomba ke sini... latihan... latihan..... latihan.....

PERSEDIAAN AWAL PAGI KETIKA DI FRAM WAKAF TAPAI

Baju, seluar & kasut dah disusun seawal pagi.. punya lah nak berkursus

Perut lapar... tapi sempat posing. Senyum pun senyum kambing aje

Bab makan... kena betul2 sebab 'lapar giler'

Posing selepas Suboh... macam peragawati majalah POISON

Bangun pagi tu biasa lah.. tapi bangun seawal jam 5.30 pagi sambil siap pakai uniform lengkap.. fuyoo itu kira 'baik punye'. Anak2 dara Kadet Bomba di'kerah' bangun awal dengan persediaan rapi bagi memulakan kursus dan latihan. Sebelum tu, malam semalamnya 'berjaga' betulkan boot sampai jam 1.30 pagi. Biasalah bagi 'kilat dan adjust' sana sini. Walau bagaimanapun semua urusan beres.

Pagi tu makan kena beratur dan bertertib. Tapi budak2 pompuan lah katakan 'jaga dan control cantik'. Sebelum bersarapan sempat posing ramai-ramai buat kenangan ketika seawal pagi di FRAM Wakaf Tapai, Terengganu.

PERJALANAN KE FRAM WAKAF TAPAI

Tengah makan tengahari berlauk kan 'kicap & telur masin aje'
Tengah 'posing maut' kat Banjaran Titiwangsa


Menikmati makan tengahari dalam keadaan sejuk kelaparan
Pada 21 Disember 2009, seramai 35 orang pelajar Kadet Bomba (Perempuan) bersama 2 Guru Pengiring dan 4 orang Pegawai Bomba daripada Balai Bomba Penyelamat Kuala Kangsar telah mengadakan Program Lawatan Kerja Sambil Berkursus di Akademi Latihan Bomba Wakaf Tapai, Terengganu. Perjalanan 8 jam agak lama tapi keriuhan Pegawai Bomba yang mengiringi bersama memeriahkan suasana perjalanan. Pandai 'melayan sungguh' depa ni... So thanks berbanyak terutama kepada En. Fuzi (Unit Latihan), En. Baharin (Ketua Rombongan merangkap bekas jurulatih di FRAM dulu), En. Ali (Pemandu berpengalaman) dan tidak ketinggalan En. Hasbon (Jurulatih Pasukan)

Sunday, January 17, 2010

NAIB JOHAN KAWAD KAKI (GO) NEGERI PERAK 2009

Pasukan tengah bersedia untuk pemeriksaan barisan

Pasukan Kadet Bomba Perempuan SMK Sayong, Kuala Kangsar

Pada 7 Mei 2009, Pertandingan Kawad Kaki (Kategori GO Perempuan) peringkat Negeri Perak telah diadakan di Arena Square Teluk Intan. Penyertaan pasukan melibatkan 9 Daerah merangkumi Pasukan Kadet Bomba, Kadet Polis, Kadet Corectional (Penjara) dan Kadet Pasukan Pertahanan Awam. Pertandingan yang bermula jam 09.30 pagi berakhir hampir jam 04.30 petang dengan penuh 'kontroversi'. Payah nak cerita dalam net sebab 'buruk-buruk pun nak cerita cikgu2 sendiri buat hal'. Namun kami sedikit kecewa kerana walaupun dapat Naib Johan tetapi tempat tersebut sepatutnya Johan kerana sistem permarkahan yang 'terlalu berat sebelah dengan keputusan (kiraan) yang boleh silap di kira walaupun setelah diaudit. Punya pelek lagi pening... Tapi jadikanlah pengajaran terutama kepada pihak penganjur. So pada wirawati Pasukan Kadet Bomba Perempuan SMK Sayong..... saya saaaaaaayang kat korang. menang ke kalah ke tetap saaaaaaaaayang kat korang sebab buat habis-habisan. Saya 'salute kome semua'

JOHAN KAWAD KAKI GO DAERAH KUALA KANGSAR 2009


Selaku Ketua Pasukan Kadet Bomba SMK Sayong menerima cenderamata


Inilah dia Johan Daerah 2009 - wirawati dengan Guru Penasihat & Jurulatih Pasukan


Bagi tahun 2009, Pasukan Kadet Bomba Penyelamat Perempuan berjaya mengukir sejarah lagi dengan memenangi Pertandingan Kawad Kaki (Kategori GO Perempuan) peringkat Daerah Kuala Kangsar. Pertandingan telah diadakan di SMK Toh Muda Abdul Aziz, Sg Siput pada 7 April 2009. Mula ditubuhkan Pasukan berjaya menjadi Johan tahun 2007, kemudian dirampas oleh Kadet Bomba SM Teknik Kuala Kangsar, namun dendam terbalas bila tertebus kembali gelaran pada tahun 2009. Namun apa yang penting, Johan, Naib Johan dan tempat ke3 masih dijaguhi oleh Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat. Janji baju merah kuning terpanggil antara pasukan yang terbaik. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Azhair b. Yusof (Timb. Pegawai Pendidikan Daerah) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.

DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN

Pemeriksaan pelajar ketika latihan kebakaran

Pasukan Kadet Bomba mengendalikan pemadaman 'kebakaran'

Pasukan Kadet Bomba bertindak 'segera' membawa perkakasan bomba


Semua pelajar 'bertindak segera' dalam latihan kebakaran

Latihan Kebakaran merupakan program wajib yang dijalankan pada setiap tahun. Bagi SMK Sayong, Kuala Kangsar program latihan dijalankan 2 kali iaitu sekali anjuran Unit Hal Ehwal Murid sekolah manakala keduanya bersama Balai Bomba Penyelamat Kuala Kangsar. Bagi tahun 2009, latihan kebakaran dilakukan oleh Pasukan Kadet Bomba sekolah yang sememangnya mempunyai latihan kawad hos dan kawad basah bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Malah dalam demonstrasi tahun 2009, 'pasukan memadam api' dilakukan oleh Pasukan Kadet Sekolah sendiri. Yang bukan Kadet hanya 'driver kereta bomba'. Apa nak buat sebab tak berlesen. Tapi kalau bagi kat budak2 ni.... bulldozer atau stimroll pun deme bedai. So, kelainan memang terdapat dalam latihan kebakaran di SMK Sayong, Kuala Kangsar. Latihan berjaya malah memberi impak kepada Pasukan Kadet untuk lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan latihan. Kini baru betul bila latihan Pasukan membolehkan mereka bertindak sama dengan kemahiran yang dilalui oleh anggota Bomba yang sebenarnya.

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN

Cikgu Mohd Zaid (baju merah) serah tugas kepada Cikgu Rosli (Baju kuning)

Nurul Aida bt. Ahmad Tarmizi (Ketua Platun Kadet Bomba Perempuan)

En. Wan Hasbon Rizal b. Wan Abdullah (Jurulatih Kadet Bomba SMK Sayong)


Bagi pihak Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat SMK Sayong, Kuala Kangsar dengan ini ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada 4 individu yang banyak berjasa dalam menggerakkan Pasukan Kadet. Individu yang dimaksudkan:

  • En. Mohd Zaid b. Abu Othman (Ketua Guru Penasihat). Menerajui Pasukan Kadet Bomba mulai penubuhan awalnya pada tahun 2007 hinggalah ke tahun 2009. Beliau merupakan seorang Guru Cemerlang Bimbingan Kaunseling sekolah. Minat yang mendalam dalam kegiatan unit beruniform menggerakkan beliau dan rakan-rakan sepasukan untuk membentuk Pasukan Kadet Bomba sekolah menjadi yang terbaik di sekolah. Dalam masa beberapa bulan, Pasukan Kadet Bomba Perempuan berjaya menjadi Johan Pasukan Kawad Kaki GO Daerah pada tahun 2007. Ikuti dengan Naib Johan 2008 dan merampas tempat Johan pada tahun 2009. Juga Naib Johan Kawad GO Negeri Perak. Buat pertama kali atas inisiatif beliau, Majlis Pengtauliahan Pasukan Kadet di adakan dan sehari suntuk warga sekolah dapat bersama Jabatan Bomba & Penyelamat. Kini beliau berusaha untuk mendapatkan Bilik Khas untuk Pasukan Kadet dan Program Perkhemahan Unit Beruniform yang pertama (setelah dah lama tak dengar cerita) telah diadakan pada tahun 2008 dan 2009 dengan Kadet Bomba menerajui pengurusan kem. Antara sejarah dan perancangan beliau, setidak-tidaknya meninggalkan sedikit kenangan untuk Pasukan Kadet dan semoga jasa Tuan akan kami kenang.
  • Pasukan Kadet Bomba mulai 01/01/2010 diambil alih oleh En. Roslee b. Abdul Wahab.
  • Terima kasih juga kami ungkapkan kepada Cikgu Khairul Azman b. Haji Arshad (Guru Penasihat Kadet Bomba) yang turut bertukar fortfolio (jangan silap sebut udah lee), ke Unit Pengakap Sekolah. Sumbangan Tuan dalam membantu banyak program Pasukan Kadet Sekolah sangat kami hargai. Sebab tu gambar Tuan kami abadi ketika Lawatan Kerja ke FRAM Kuala Kubu. So... terima kasih daun keladi, jasa Tuan tetap kami kenang sampai ke mati. InsyaAllah.
  • Cik Nurul Aida bt. Ahmad Tarmizi (Ketua Paltun Pasukan Kadet Bomba Perempuan) juga antara tunjang kuat Pasukan Kadet Bomba. Beliau antara penggerak yang banyak membantu dan menaikkan imej dan nama Pasukan. Bab kawad memang serah kat beliau kerana kehebatan dalam mengendali Pasukan Kawad dan memberi hukuman. Orang nya nampak 'simple' tapi tegas.... Bekas Pen. Ketua Pengawas Sekolah dan sesungguhnya jasa Cik Aida akam kami kenang sampai bila-bila. Lagipun namanya tersemat dan masih tersemat sebagai Ketua Perbarisan Kawad Kaki Daerah Terbaik 2007, 2008, 2009. Fuyoooo!!!!
  • En. Wan Hasbon Rizal b. Wan Abdullah (Pegawai Bomba di Balai Bomba Kuala Kangsar) - Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai jurulatih utama pasukan, beliau banyak melatih ahli pasukan berkawad sehingga menjuarai pertandingan kawad kaki di peringkat GO Daerah dan Negeri mulai tahun 2007, 2008, 2009. Sumbangan beliau sangat besar ertinya kepada Pasukan Kadet. Bimbingannya kami takrifkan bagaikan '1st class coach' yang berjaya membentuk disiplin berkawad pelajar dengan begitu baik sekali. Terima kasih dan sumbangan Tuan masih dipohon dan akan terus dipohon sampai 'pencen'!

MAJLIS PENGTAULIAHAN BILIK OPERASI KADET BOMBA

Cenderamata daripada Pn. Pengetua kepada Tuan Yamin

Pemeriksaan perbarisan kehormat

Menerima tabik hormat daripada Platun Komandan

Perbarisan Kehormat Pasukan Kadet Bomba Penyelamat SMK Sayong

Pada tanggal 22 Julai 2009, Pasukan Kadet Bomba Sekolah meniti sejarah kerana berjaya mendapat sebuah Bilik Khas yang beroperasi sebagai Bilik Kadet Bomba & Penyelamat Sekolah. Apa yang terdapat dalam bilik tersebut masih menjadi 'rahsia'. Tunggu bila dah siap elok2 bilik nye baru diistiharkan. Namun apa yang menarik, Yang Setia Tuan Yamin (Pen Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba Negeri Perak) sudi untuk turun merasmikan Majlis disamping memeriksa perbarisan kehormat yang terdiri daripada 31 orang ahli kadet.

Sejarah juga diukir kerana di peringkat daerah tak pernah kami dengar cerita Pasukan Kadet Bomba ada bilik operasinya sendiri. Malah di peringkat Malaysia pun tak dengar. Silap2 haribulan mungkin boleh di catat dalam The Malaysia Book of Record kot?
Bagi pihak Pasukan Kadet Bomba sekolah, kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih khususnya kepada pihak Jabatan Bomba Penyelamat Negeri dan tidak ketinggalan kepada pihak Bomba Balai Kuala Kangsar (Unit Latihan) yang banyak membantu dalam merealisasikan projek ini. Kata orang, 'Terima kasih Daun Keladi... lepas ni kita berurusan lagi"