Tuesday, December 29, 2009

KENALI KETUA BALAI BOMBA & PENYELAMAT KUALA KANGSAR

Tuan Muhd Ruslan b. Abdul Razak (Penolong Kanan Penguasa Bomba)

Berdiskusi berkaitan kerjaya bomba dengan PRS sekolah

Nampak ada minat tu... khusyuk dan tawaduq mendengar taklimat

Sekadar ingin berkongsi cerita dari sudut pandangan kami (Guru & Kadet Bomba SMK Sayong, Kuala Kangsar) tentang Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar, Tuan Muhd Ruslan b. Abdul Razak. Pertama kalinya bila kertas cadangan penubuhan Pasukan Kadet Bomba sekolah dipanjangkan melalui perbincangan dengan Tuan Lan (Panggilan Mesra), terus jawapannya kami terima....'Tak ada masalah.' OK dan BERES! So, dari situ... kami meneliti profil diri Tuan Lan dan apa yang telah disumbangkan kepada peningkatan mutu Pasukan Kadet Bomba sekolah sehingga ke hari ini. Jelas saya katakan Tuan Lan telah berjaya menjadi penggerak utama kepada kejayaan Kadet Bomba kami malah lebih memberangsangkan kepada Pasukan Kadet Bomba Sekolah2 di Daerah Kuala Kangsar. Mana tidaknya... di Kuala Kangsar sahaja ada 18 buah sekolah yang bernaung dibawah satu Balai dan ini mengatasi rekod penubuhan Pasukan Kadet Bomba di daerah lain di Negeri Perak. Pasukan Kadet Bomba Daerah bukan sahaja aktif malah membuktikan setiap kali pertandingan kawad kaki sejak 3, 4 tahun ini pada kategori GO peringkat PPD Kuala Kangsar, No 1 dan 2, pasti dipegang oleh uniform celoreng oren hitam ini... Itu termasukkan sekolah teman (SMK Sayong - Johan Kawad GO 2007, 2009 & Naib Johan 2008). Terim a kasih Tuan Lan dan terima kasih banyak2 kepada semuja jurulatih Bomba Daerah

Tuan Lan nampak tegas dan 'selamba' ... tapi bervisi dan bermisi (selain bermisai lah). Bukan mudah nak mengetuai satu satu Unit Kerja di Balai Bomba dengan kerenah anggotanya yang berbagai-bagai... Hebatnya, pergi lah sendiri ke Balai Bomba Kuala Kangsar... tengok suasananya.. OK (nampak kat luar le) dan semua kemudahan melengkapi Balainya... Kerja pasukan salah satu yang kami respek wujud begitu ketara... Juga lihat contoh terbaik yang mampu dicapai di Balai Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar...
  • Bukan mudah nak dapat pengiktirafan Book Of Malaysian Record - Replika Bunga Raya Terbesar Malaysia di Balai Bomba Kuala Kangsar - kerja pegawai & anggota Bomba,
  • Bukan senang nak urus perasmian Bangunan Balai Bomba oleh Ke Bawah Tuanku Sultan Perak pada tahun 2004 - kerjasama pegawai & anggota Bomba,
  • Bukan kerja main-main nak gerakkan Program Perkemahan Kadet Bomba Kebangsaan 2008 dengan jayanya - kerja bersama2 pegawai & anggota Bomba,
  • Bukan dan bukan calang-calang orang yang mempunyai komitmen untuk menjadikan Jabatan Bomba Kuala Kangsar antara mempunyai 'track' terbaik dalam kualiti dan kuantiti kecemerlangannya yang tersendiri.
  • Oh ya... terlupa pulak nak cerita kisah profil Tuan Lan... mengikut rekod kami ketika menemubual beliau sekitar tahun 2008 & 2009 untuk Projek Ekplorasi Kerjaya...
  • Dilahirkan di Simpang 4 Tasek Seberang Pulau Pinang
  • Mula bertugas sekitar 15 Jan. 1980 bermula dari Pegawai Bomba Biasa (Gred 17) naik satu demi satu hingga ke Penolong Kanan Penguasa Bomba (Gred 32)
  • Sangat-sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kebombaan terutama melibatkan sains kebombaan (tak percaya pegi sembang pasal kerja bomba dengan Tuan Lan)
  • Berkeluarga dan isteri tercinta seorang pendidik (itu yang baik punye tu)
  • Berkeyakinan Tuan Lan mampu lebih menyerlah di masa depan dalam kerjaya yang cukup luas berdasarkan apa yang dilakukan beliau selama ini.

Kami warga Kadet Bomba SMK Sayong ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama, sokongan dan komitmen Tuan selama ini dan atas keprihatinan Tuan terhadap sumbangan terbesar, terbaik dan terhebat yang diberikan, sekadar kalungan RIBUAN TERIMA KASIH mampu kami rakam dan ucapkan. Wasalam

No comments:

Post a Comment