Tuesday, December 29, 2009

LAWATAN KERJA KE AKADEMIK BOMBA KUALA KUBU BHARU

Bersama Cikgu Khairul Azman & Myself

Pasukan Kadet Bomba (Perempuan) SMK Sayong, Kuala Kangsar


Hadiah kemenangan menjadi Johan Kawad Kaki (Kategori GO) Sekolah2 Daerah Kuala Kangsar pada tahun 2007 membolehkan peluang ulung ke Akademik Bomba Kuala Kubu Bharu menjadi kenyataan. Rangka lawatan antara lain adalah mengikuti sesi ceramah kerjaya kebombaan dan tugas2 di Akademik Bomba (FRAM) Kuala Kubu Bahru. Selain itu, kadet berpeluang juga masuk ke Bilik Gelap (BP) untuk bergerak dalam merangkak melalui lorong-lorong gelap sebagai salah satu latihan menyelamat dan membolosi ketika kebakaran. Peluang di ambil juga untuk meninjau sekitar kawasan Akademik dan berbual bual dengan pegawai dan jurulatih serta anggota yang bertugas.

KENALI KETUA BALAI BOMBA & PENYELAMAT KUALA KANGSAR

Tuan Muhd Ruslan b. Abdul Razak (Penolong Kanan Penguasa Bomba)

Berdiskusi berkaitan kerjaya bomba dengan PRS sekolah

Nampak ada minat tu... khusyuk dan tawaduq mendengar taklimat

Sekadar ingin berkongsi cerita dari sudut pandangan kami (Guru & Kadet Bomba SMK Sayong, Kuala Kangsar) tentang Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar, Tuan Muhd Ruslan b. Abdul Razak. Pertama kalinya bila kertas cadangan penubuhan Pasukan Kadet Bomba sekolah dipanjangkan melalui perbincangan dengan Tuan Lan (Panggilan Mesra), terus jawapannya kami terima....'Tak ada masalah.' OK dan BERES! So, dari situ... kami meneliti profil diri Tuan Lan dan apa yang telah disumbangkan kepada peningkatan mutu Pasukan Kadet Bomba sekolah sehingga ke hari ini. Jelas saya katakan Tuan Lan telah berjaya menjadi penggerak utama kepada kejayaan Kadet Bomba kami malah lebih memberangsangkan kepada Pasukan Kadet Bomba Sekolah2 di Daerah Kuala Kangsar. Mana tidaknya... di Kuala Kangsar sahaja ada 18 buah sekolah yang bernaung dibawah satu Balai dan ini mengatasi rekod penubuhan Pasukan Kadet Bomba di daerah lain di Negeri Perak. Pasukan Kadet Bomba Daerah bukan sahaja aktif malah membuktikan setiap kali pertandingan kawad kaki sejak 3, 4 tahun ini pada kategori GO peringkat PPD Kuala Kangsar, No 1 dan 2, pasti dipegang oleh uniform celoreng oren hitam ini... Itu termasukkan sekolah teman (SMK Sayong - Johan Kawad GO 2007, 2009 & Naib Johan 2008). Terim a kasih Tuan Lan dan terima kasih banyak2 kepada semuja jurulatih Bomba Daerah

Tuan Lan nampak tegas dan 'selamba' ... tapi bervisi dan bermisi (selain bermisai lah). Bukan mudah nak mengetuai satu satu Unit Kerja di Balai Bomba dengan kerenah anggotanya yang berbagai-bagai... Hebatnya, pergi lah sendiri ke Balai Bomba Kuala Kangsar... tengok suasananya.. OK (nampak kat luar le) dan semua kemudahan melengkapi Balainya... Kerja pasukan salah satu yang kami respek wujud begitu ketara... Juga lihat contoh terbaik yang mampu dicapai di Balai Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar...
  • Bukan mudah nak dapat pengiktirafan Book Of Malaysian Record - Replika Bunga Raya Terbesar Malaysia di Balai Bomba Kuala Kangsar - kerja pegawai & anggota Bomba,
  • Bukan senang nak urus perasmian Bangunan Balai Bomba oleh Ke Bawah Tuanku Sultan Perak pada tahun 2004 - kerjasama pegawai & anggota Bomba,
  • Bukan kerja main-main nak gerakkan Program Perkemahan Kadet Bomba Kebangsaan 2008 dengan jayanya - kerja bersama2 pegawai & anggota Bomba,
  • Bukan dan bukan calang-calang orang yang mempunyai komitmen untuk menjadikan Jabatan Bomba Kuala Kangsar antara mempunyai 'track' terbaik dalam kualiti dan kuantiti kecemerlangannya yang tersendiri.
  • Oh ya... terlupa pulak nak cerita kisah profil Tuan Lan... mengikut rekod kami ketika menemubual beliau sekitar tahun 2008 & 2009 untuk Projek Ekplorasi Kerjaya...
  • Dilahirkan di Simpang 4 Tasek Seberang Pulau Pinang
  • Mula bertugas sekitar 15 Jan. 1980 bermula dari Pegawai Bomba Biasa (Gred 17) naik satu demi satu hingga ke Penolong Kanan Penguasa Bomba (Gred 32)
  • Sangat-sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kebombaan terutama melibatkan sains kebombaan (tak percaya pegi sembang pasal kerja bomba dengan Tuan Lan)
  • Berkeluarga dan isteri tercinta seorang pendidik (itu yang baik punye tu)
  • Berkeyakinan Tuan Lan mampu lebih menyerlah di masa depan dalam kerjaya yang cukup luas berdasarkan apa yang dilakukan beliau selama ini.

Kami warga Kadet Bomba SMK Sayong ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama, sokongan dan komitmen Tuan selama ini dan atas keprihatinan Tuan terhadap sumbangan terbesar, terbaik dan terhebat yang diberikan, sekadar kalungan RIBUAN TERIMA KASIH mampu kami rakam dan ucapkan. Wasalam

MODUL LATIHAN LUAR KADET BOMBA

Balai Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar .... baik punye!

En. Meor tengah memberi taklimat kepada wirawati Kadet Bomba


En. Hasbon dan bimbingannya .... garangnye, tapi budak2 sayangkan mike

Ini dinamakan 'pancut air' opps... 'air pancut' kot? tak kisahlah janji ada air keluar

Menjadi rutin setiap tahun, latihan bersama Unit Latihan Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar menjadi kemestian. Kerjasama dan komitmen tinggi yang diberi khususnya oleh Ketua Balai, Tuan Mohd Roslan Abdul Razak sangat kami hargai. Jurulatih tersayang, En. Hasbon menjadi kekuatan Pasukan Kadet Bomba SMK Sayong, Kuala Kangsar untuk meningkatkan pencapaiannya menjadi Unit Uniform Terbaik di sekolah sejak 2007. Tahun 2009 meletakkan pencapaian tertinggi dianugerahkan Pencapaian Pasukan Uniform Terbaik Sekolah bila mana Pasukan Kadet Bomba (Perempuan) menduduki tempat ke 2 Kawad Kaki GO peringkat Negeri Perak di Teluk Intan. (Pertandingan yang penuh dengan kontroversi & sensasi... panjang mau cerita). Selain dari gambar yang kita tengok.. banyak lagi aktiviti yang diselitkan dalam kunjungan Se Pagi bersama Jabatan Bomba Penyelamat Kuala Kangsar. To know BOMBA is to be like BOMBA so... bila berada di Balai Bomba... baru tau kerja Bomba.. baru tau relax ke tak kerja Bomba dan yang penting... setiap pegawai bomba rendah atau pegawai kanan ada kepakaran masing-masing... Itu yang kami RESPEK DAN SUSPEK!


Friday, December 25, 2009

PAMERAN KENDERAAN JABATAN BOMBA

Bas Pendidikan Jabatan Bomba Negeri Perak
(Banyak info di dalamnya.. kalau ada peluang naik tengok sendiri baru tau)

Kereta Bomba
(Yang ni kita selalu tengok.. tapi tak tahu nak panggil apa... so yang hebatnya ia canggih)


Magarus
(Ini kereta penyelamat.. tangganya boleh dipanjangkan.. aku dah naik.. tinggggggi)


Motosikal Unit Res'Q
(Alatan awal utk beri bantuan dan menyelamat ada atas motor ni.. lebih dari superbike)

MAJLIS PENGTAULIAHAN PASUKAN KADET BOMBA & PENYELAMAT SEKOLAH

Perlantikan rasmi sebagai En. Mohd Zaid b. Abu Othman
selaku Ketua Penasihat Kadet Bomba & Penyelamat Sekolah

En. Lee Chee Teong (PK KOKU) menerima Watikah Penubuhan Pasukan Kadet Bomba daripada Tuan PKPgB Mohd Ruslan b. Abd. Rajak (Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar)

Pemeriksaan Perbarisan Kehormat

Pemeriksaan Perbarisan Kehormat terdiri daripada seramai 31 org anggota Kadet Bomba


Wira & wirawati '1st badge' Pasukan Kadet Bomba Sekolah
Penubuhan Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar telah ditauliahkan pada 23 Jun 2007 dengan No. Siri Kebenaran daripada JBPM: A 090172007-147. Pengambilan pasukan awal terdiri daripada 42 orang murid Tingkatan 1 & 2 sebagai Projek Khas bersama Unit Latihan Balai Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar. Majlis Pengtauliahan Pasukan telah dirasmikan oleh Tuan PKPgB Mohd Ruslan b. Abd. Rajak, Ketua Balai Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar. En. Mohd Zaid b. Abu Othman, Kaunselor Sekolah telah dilantik menjadi Ketua Penasihat Pasukan Kadet Bomba 1 dan dibantu oleh En. Khairul Azman b. Hj. Arshad, En. Mohamad Shafie b. Ghazali dan Ustazah Ana Hilyati bt. Kamarudin. Pasukan Kadet Bomba telah diletakkan dibawah pengawasan Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah dengan pemantauan Unit Kokurikulum Sekolah.
Sejarah Kadet Bomba terukir kerana buat pertama kalinya, Majlis Pengtauliahan Pasukan Kadet Bomba telah diadakan di SMK Sayong, Kuala Kangsar dan bermula dari sinilah titip-titip kejayaan Pasukan terukir satu demi satu.